Sejarah

By: Meooo Comicore Club On: 9:45 PM
Penganjuran Pekan Kartun ini adalah kesinambungan bagi perkembangan gerakan seni kartun dan komik selepas kejayaan Karnival Kaki Kartun di Kellies Castle pada Mac 2014, pembiayaan dana kreatif dalam K-Perak dan pembinaan Taman Tema Animasi di Ipoh. Pekan Kartun merupakan hasil perbincangan dan pertukaran pendapat di antara pihak Port Koloni Karyawan Aman Jaya bersama wakil Comicore Club Malaysia pada pertengahan tahun 2014. 

Hasil perbincangan tersebut telah membawa kepada penubuhan Pekan Kartun. Tujuan acara ini adalah untuk mempromosikan seni kartun, komik dan animasi di Port koloni Karyawan Aman Jaya denbgan visi untuk menjadikan Bandaraya Ipoh dan negeri Perak sebagai salah satu pusat pengerak seni kreatif kartun dan komik Malaysia. 

Disamping itu, program ini diharap boleh membina ‘local scene’ kartun dan komik di Perak, justeru menarik pelancong luar dan penggiat seni tempatan tidak perlu berhijrah ke luar Perak.

Logo Pekan Kartun telah dihasilkan oleh Fadhil Zubir. Logo yang memaparkan pengaruh komik dan kartun dan masih mengekalkan identiti warna korporat PORT iaitu hitam, merah dan putih/








0 comments:

Post a Comment