Wednesday, February 25, 2015

Perang Poster: Pekan Kartun Kellies 2015

By: Meooo Comicore Club On: 11:50 AM
  • SHARE


  • Perang Poster Teaser Pekan Kartun kini bermula!!!!!

    Hadiah pertama: RM300
    Hadiah kedua: RM200
    Hadiah ketiga: RM100

    Terma & syarat;
    1) Tarikh tutup adalah pada 17/3/15 @ 11.59pm
    2) Bebas. Warna atau tidak berwarna
    3) Penyertaan tiada had, tetapi kami akan pilih 1 penyertaan terbaik.
    4) Setiap poster mesti ada logo Pekan Kartun dan bertemakan Pekan Kartun Kellies Castle.
    5) Semua poster dihantar akan digunakan untuk promosi dan dipamerkan ketika berjalannya Pekan Kartun Kellies 2015 pada 21-22 Mac 2015 nanti.
    6) Lukisan mestilah yang asli dan bebas hakcipta.
    7) Setiap poster perlu mengandungi logo Port Ipoh, Pekomik, Animas, Negeri Perak, Discover Perak, My Fest, MDBG dan Kellie's Castle.
    8) Keputusan pengadil adalah muktamad.
    9) Sila hantar karya anda melalui PM di Facebook Pekan Kartun atau email pekankartun@gmail.com



    Sunday, February 22, 2015

    Cosplay Competition @ Pekan Kartun Kellies 2015 #cosplaymalaysia

    By: Meooo Comicore Club On: 7:33 AM
  • SHARE

  • Acara Cosplay kini menjadi kegilaan peminat kartun dan komik di Malaysia. Dari tahun ke tahun, budaya cosplay ini semakin membesar. Secara umumnya, cosplay di Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu cosplay eastern @ anime (jepun) dan cosplay western. Mengikut trend semasa, cosplay jepun sedang menguasai persada cosplay Malaysia.

    Kini, buat pertama kali sebuah acara pertandingan cosplay yang akan mempertengahkan cosplay Malaysia yang mempertengahkan karektor-karektor kartun/komik/animasi buatan Malaysia akan berlangsung di Kellies Castle.

    Walaubagaimanapun, pertandingan cosplay ini bukan sahaja mengalakkan kemunculan cosplay Malaysia malah turut mengalu-ngalu penyertaan cosplay jepun dan cosplay western. Tiada diskriminasi dari genre cosplay yang dipilih. Pertandingan ini akan mengariskan 3 penilaian, iaitu Craftsmanship (40%), Fidelity (40%), Performance (20%).

    Terma dan syarat
    1. Maksimum penyertaan untuk pertandingan ini adalah 30 orang. 
    2. Pendaftaran awal boleh dibuat melalui borang online di www.pekankartun.com dengan memberikan nama, no telefon, email dan karakter yang dipilih. 
    3. Peserta akan dinilai berdasarkan Craftmanship (Kualiti kustom), Fidelity (kesamaan kustom dengan karekter asal) dan Performance (Persembahan). Markah bonus kepada kustom dan aksesori buatan sendiri. Craftsmanship (40%), Fidelity (40%), Performance (20%). 
    4. Peserta perlu membawa gambar karektor saiz A4 untuk diberi kepada pengadil untuk perbandingan dan lagu dalam bentuk MP3 untuk cosplay 'skit'.
    5. Cosplayer perlu membuat cosplay showcase atau skit di atas pentas untuk penilaian para pengadil. Durasi skit dalam 3 - 5 minit. Skit akan berlangsung pada hari Sabtu @21-Mar-2015, 2.30pm - 3.30pm.
    6. Hanya 3 cosplayer terbaik akan terpilih. 
    7. Keputusan pengadil adalah muktamad. 
    8. Pihak penganjur berhak menggunakan foto dam video peserta di Pekan Kartun untuk tujuan promosi. 
    9. Peserta cosplay boleh memasuki istana Kellies Castle tanpa bayaran tetapi mesti memiliki tag nama sebagai bukti penyertaan. 
    10. Peserta cosplay dilarang merosakkan khazanah bersejarah di Kellies Castle. 
    11. Peserta cosplay perlu sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa daripada sekuriti atau jawatan kuasa kerja.

    ----------------------------------------------------------------

    Cosplay events are now the craze of cartoon and comic fans in Malaysia. Year after year, the cosplay culture continues to grow. In general, cosplay in Malaysia are divided into two: Eastern/Anime Cosplay (Japanese) and Western Cosplay. According to current trends, Japanese Cosplay are currently leading in Malaysia. 

    Now, for the first time a cosplay competition will push the theme of Malaysian Cosplay, where participants will wear costumes based on characters from Malaysian cartoon/comic/animation and will be held at Kellies Castle. 

    However, this competition will not discriminate against Japanese and Western Cosplay. Contestants will be judged on Craftsmanship (40%), Fidelity (40%), and Performance (20%). 

    Terms and conditions 
    1. The maximum number of contestants is no more than 30 people. 
    2. 2. Early registration can be made via o.nline form. Please send in your name, telephone numer, e-mail and the character to be cosplayed
    3. Contestants will be judged on Craftsmanship (the quality of the costume), Fidelity (the accuracy of the costume to the original character) and Performance. Extra marks for self-made costumes and accessories. Craftsmanship (40%), Fidelity (40%), Performance (20%). 
    4. Contestants are required to bring an A4 size picture of their character for the judges’ reference and song for skit in MP3 format.
    5. Only the top 3 cosplayer will be chosen. 
    6. Contestants need to perform cosplay showcase or skit on the stage for judges. 3 - 5 minute duration. Skit will be conducted on Saturday @ 21-Mar-2015, 2.30pm - 3.30pm/
    7. The judge’s decisions are final. 
    8. The sponsors hold the right to use the photos and videos of the contestants for promotional reasons. 
    9. 8. Cosplay contestants are allowed to enter Kellies Castle without paying for the ticket, but must carry the name tag given as prove of his/her status at all times. 
    10. Cosplay contestants are not allowed to damage/vandalize the historical treasure at Kellies Castle. 
    11. Cosplay contestants must obey instructions from time to time from security and/or event personel.



    Pre- Register


    Name:
    Email Address:
    Nama samaran / Nickname:
    Watak / Character:
    Tel No:
    Alamat / Address:
    Laman web / Website (If any / jika ada):
    Portfolio (If any / Jika ada):
    Institusi Pengajian / Study institutional (untuk penyertaan pelajar / for student entries):

    Click here to create your own form.




    Wednesday, February 18, 2015

    Cabaran komik 24 jam @ Pekan Kartun Kellies 2015 #24hourcomicsday

    By: Meooo Comicore Club On: 10:41 AM
  • SHARE


  • Acara 24 Hours Comic Day atau 24 hours comic challenge ini telah diasaskan oleh pelukis komik tersohor di Amerika syarikat, Scott McCloud pada tahun 1990. Kemudian cabaran komik 24 jam ini mula diikuti oleh pelbagai negara. Di Malaysia acara cabaran komik 24 jam ini telah dianjurkan oleh Pekomik (bersama Cedko) bermula pada tahun 2006. Kemudian diteruskan pada tahun 2007, 2009, 2012 dan akhir sekali pada tahun 2014.

    Kini, cabaran komik 24 jam bakal diadakan pada 21-22 March 2015 di Pekan Kartun Kellies 2015 yang dianjurkan oleh Port Ipoh dengan kerjasama Persatuan Penggiat Komik Malaysia (Pekomik) dan Persatuan Animasi Malaysia (Animas). 






      Terma dan syarat
    •  Peserta perlu melukis 24 muka surat komik berdasarkan tema ‘Komik Seram'
    •  Pertandingan bermula dari 21/3/15 @ 12 tengahari sehingga 22/3/15 @ 12 tengahari.
    • Semua alatan melukis dan kertas di bawa sendiri peserta.
    • Alatan lukis digital dibenarkan tetapi semua lukisan perlu dicetak utk penghantaran. (Kami tidak menyediakan scanner dan printer).
    • Peserta boleh keluar dari ruang melukis, tetapi peserta cuma boleh melukis di meja yang disediakan. Tidak boleh melukis di luar.
    • Berwarna atau hitam putih terpulang kepada individu.
    • Pihak penganjur berhak untuk mempamerkan komik-komik yang hasilkan untuk tujuan promosi.
    • Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpanya.
    • Segala hakcipta komik sepenuhnya milik pelukis.
    • Pernyertaan individu sahaja untuk pelukis adalah seorang sahaja. Tetapi jika ada penulis untuk cerita/skrip itu dibenarkan.
    • Komik boleh dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
    • Isi kandungan komik hendaklah boleh di baca umum. Tidak mengandungi kata-kata kotor, lucah dan seumpanya.
    • Komik tersebut mestilah asli dan belum pernah dicetak/ papar melalui media cetak atau elektronik (termasuk online).
    • Keputusan para pengadil adalah muktamad. 

    Friday, February 13, 2015

    Pekan Kartun Kellies 2015

    By: Meooo Comicore Club On: 7:04 PM
  • SHARE



  • Pekan Kartun Kellies Castle 2015 atau Pekan Kartun #2 adalah kesinambungan kepada Pekan Kartun #1 yang berlangsung di Port pada November 2014. Disamping itu, kali ini Pekan Kartun diadakan di Kellies Castle bagi meneruskan kesinambungan acara Karnival Kakikartun (Kakitun) 2014 yang pernah dijalankan di tempat pada March 2014.

    Pekan Kartun Kellies Castle kali ini akan mempertengahkan permainan tradisional Perak sebagai tema. Acara permainan tradisional akan disekeliling Kellies Castle. Antara permainan yang akan dimainkan adalah seremban, konda kondi, Tarik upeh, galah panjang, congkak dan sebagainya.
    Seperti Pekan Kartun 1, kita akan menjalankan booth jualan, taklimat, bengkel, pelancaran komik dan acara perasmian yang akan disertai oleh VIP jemputan dan kartunis-kartunis, pelukis komik, animator dan cosplayer.

    Selain itu, Pekan Kartun kali ini menampilkan acara bertaraf dunia iaitu cabaran komik 24 jam yang bakal menjadi cabaran komik 24jam paling menyeramkan di dunia dan pertandingan cosplay pertama di Malaysia bertemakan Istana.