Friday, February 13, 2015

Tagged Under: ,

Pekan Kartun Kellies 2015

By: Meooo Comicore Club On: 7:04 PM
  • SHARE



  • Pekan Kartun Kellies Castle 2015 atau Pekan Kartun #2 adalah kesinambungan kepada Pekan Kartun #1 yang berlangsung di Port pada November 2014. Disamping itu, kali ini Pekan Kartun diadakan di Kellies Castle bagi meneruskan kesinambungan acara Karnival Kakikartun (Kakitun) 2014 yang pernah dijalankan di tempat pada March 2014.

    Pekan Kartun Kellies Castle kali ini akan mempertengahkan permainan tradisional Perak sebagai tema. Acara permainan tradisional akan disekeliling Kellies Castle. Antara permainan yang akan dimainkan adalah seremban, konda kondi, Tarik upeh, galah panjang, congkak dan sebagainya.
    Seperti Pekan Kartun 1, kita akan menjalankan booth jualan, taklimat, bengkel, pelancaran komik dan acara perasmian yang akan disertai oleh VIP jemputan dan kartunis-kartunis, pelukis komik, animator dan cosplayer.

    Selain itu, Pekan Kartun kali ini menampilkan acara bertaraf dunia iaitu cabaran komik 24 jam yang bakal menjadi cabaran komik 24jam paling menyeramkan di dunia dan pertandingan cosplay pertama di Malaysia bertemakan Istana.


    0 comments:

    Post a Comment