Wednesday, February 18, 2015

Tagged Under: ,

Cabaran komik 24 jam @ Pekan Kartun Kellies 2015 #24hourcomicsday

By: Meooo Comicore Club On: 10:41 AM
  • SHARE


  • Acara 24 Hours Comic Day atau 24 hours comic challenge ini telah diasaskan oleh pelukis komik tersohor di Amerika syarikat, Scott McCloud pada tahun 1990. Kemudian cabaran komik 24 jam ini mula diikuti oleh pelbagai negara. Di Malaysia acara cabaran komik 24 jam ini telah dianjurkan oleh Pekomik (bersama Cedko) bermula pada tahun 2006. Kemudian diteruskan pada tahun 2007, 2009, 2012 dan akhir sekali pada tahun 2014.

    Kini, cabaran komik 24 jam bakal diadakan pada 21-22 March 2015 di Pekan Kartun Kellies 2015 yang dianjurkan oleh Port Ipoh dengan kerjasama Persatuan Penggiat Komik Malaysia (Pekomik) dan Persatuan Animasi Malaysia (Animas). 






      Terma dan syarat
    •  Peserta perlu melukis 24 muka surat komik berdasarkan tema ‘Komik Seram'
    •  Pertandingan bermula dari 21/3/15 @ 12 tengahari sehingga 22/3/15 @ 12 tengahari.
    • Semua alatan melukis dan kertas di bawa sendiri peserta.
    • Alatan lukis digital dibenarkan tetapi semua lukisan perlu dicetak utk penghantaran. (Kami tidak menyediakan scanner dan printer).
    • Peserta boleh keluar dari ruang melukis, tetapi peserta cuma boleh melukis di meja yang disediakan. Tidak boleh melukis di luar.
    • Berwarna atau hitam putih terpulang kepada individu.
    • Pihak penganjur berhak untuk mempamerkan komik-komik yang hasilkan untuk tujuan promosi.
    • Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpanya.
    • Segala hakcipta komik sepenuhnya milik pelukis.
    • Pernyertaan individu sahaja untuk pelukis adalah seorang sahaja. Tetapi jika ada penulis untuk cerita/skrip itu dibenarkan.
    • Komik boleh dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
    • Isi kandungan komik hendaklah boleh di baca umum. Tidak mengandungi kata-kata kotor, lucah dan seumpanya.
    • Komik tersebut mestilah asli dan belum pernah dicetak/ papar melalui media cetak atau elektronik (termasuk online).
    • Keputusan para pengadil adalah muktamad. 

    0 comments:

    Post a Comment