Friday, November 14, 2014

Tagged Under: ,

Perlancaran komik dan ceramah motivasi PERCUMA bersama DR LUV

By: Meooo Comicore Club On: 3:01 PM
  • SHARE
  • Buat julung-julung kalinya seorang pakar motivasi berkolabrasi dengan kartunis untuk menghasilkan sebuah komik yang menggabungkan kartun dan motivasi. Komik 'Sekilas Kehidupan - Demi Kejayaan dan Kebahagiaan akan dilancarkan semasa Pekan Kartun. Disamping itu, ada sessi motivasi khas dari Prof Dr Azahari Othman (Dr Luv) PERCUMA dan terbuka untuk semua. 



    Prof Azahari atau Dr Luv merupakan pakar motivasi yang pernah terlibat dalam banyak program TV dan radio sebagai panel undangan berbagai rancangan-racangan talk show di TV3, ASTRO dan RTM, pernah menjadi hos rancangan di BERNAMA TV dan BERNAMA Radio 24. Beliau juga pernah dilantik sebagai pakar motivasi di dalam program realiti paling popular ASTRO iaitu Akademi Fantasia AF3, AF5 dan AF8.




    Faizulniza Mazly a.k.a Kartunis IJOI merupakan anak kelahiran Perak. Mula melukis kartun pada 1990, apabila mula menghantar karya kepada majalah GILA-GILA. Di situlah bakat kartun beliau dikesan dan diasah oleh Allahyarham Rejabhad. Sejak itu, karya-karya beliau telah keluar di GILA-GILA, Harian Metro, Pior, K.O, Umbra dan UOK. Disamping itu, beliau giat menghasilkan komik-komik online di blog beliau.

    0 comments:

    Post a Comment