Saturday, November 15, 2014

Tagged Under: ,

Pelancaran komik zine 555 - Gabungan 2 pelopor awal komik online Malaysia

By: Meooo Comicore Club On: 7:00 AM
  • SHARE
  • Antara pelopor komik online Malaysia iaitu Ijoi dan Meo188 telah bergabung untuk menghasilkan satu kompilasi hasil karya mereka daripada tahun 2006 sehingga 2014. Zine ini merupakan projek istimewa untuk semua pengunjung, peminat, penyokong dan pengikut mereka yang tidak henti-henti memberi sokongan padu dari mula sehingga kini. 



    Webcomic atau komik online mereka, iaitu freewebcomic.com pernah mencecah 10,000 pembaca setiap bulan satu ketika dahulu. Malah, selama beberapa tahun, webcomic atau komik online mereka telah ditaja oleh syarikat-syarikat untuk pengiklanan. 

    Komik zine 555 ini akan dilancarkan di Pekan Kartun #1 petang nanti!

    Dapatkan komik zine 555 yang masih segar dari ladang ini. Komik zine ini tidak dijual di mana-mana kedai. 


    Siapa Ijoi?

    Faizulniza Mazly a.k.a Kartunis IJOI merupakan anak kelahiran Perak. Mula melukis kartun pada 1990, apabila mula menghantar karya kepada majalah GILA-GILA. Di situlah bakat kartun beliau dikesan dan diasah oleh Allahyarham Rejabhad. Sejak itu, karya-karya beliau telah keluar di GILA-GILA, Harian Metro, Pior, K.O, Umbra dan UOK. Pada tahun 2007 beliau telah  menghasilkan web komik melalui www.ijoikatun.blogspot.com dimana  karya beliau telah diterima diseluruh dunia. Beliau juga menyumbangkan karya dibeberapa laman web tempatan dan antarabangsa.Dalam tahun 2011 Koleksi karya beliau yang berjudul Sayembara Kartun telah diterbitkan didalam bentuk e-book dan mendapat sambutan yang menggalakkan. 

    Siapa Meo188?

    Mior Azhar a.k.a Meo188 juga merupakan anak kelahiran Perak. Giat menghasilkan komik online sejak 2006. Beliau merupakan blogger berpengalaman dan pakar promosi media sosial dimana beliau adalah admin untuk laman web pekomik.org.my, comicoreclub.com, kerajaankomik.com, freewebcomic.com, pekankartun.com, tupaitv.com, dan banyak lagi. Disamping itu beliau menjadi admin untuk pelbagai lagi media sosial lain yang berikatan komik, kartun dan animasi Malaysia. 

    Kini beliau adalah Bendahari bagi Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PEKOMIK). Beliau juga adalah pengarah projek untuk Pekan Kartun #1.

    0 comments:

    Post a Comment